Friday, September 4, 2009

PRK Dun Bagan Pinang

Pertama sekali apa yg cahaya nak ucapkan adalah takziah kepada keluarga Allahyarham YB Azman Mohd Noor kerana perginya beliau atas panggilan Ilahi kira-kira jam 2.30 petang tadi.
Al-Fatihah..

Nampaknya SPR sekali lagi akan diuji,dan juga jentera BN kita...Belum pun sempat Allahyarham dikebumikan dah macam-macam orang cakap pasal kekurangan BN di Bagan Pinang.Dengan majoriti pengundi Melayu lebih 50% dan pengundi India hampir 20% isu-isu nasional seperti Kg Buah Pala dan perpindahan kuil hindu akan menjadi isu tempatan...

Selain itu, kerajaan negeri khususnya UMNO perlulah dilihat sebagai parti yang kukuh dan bersatu dengan cara kita tunjukkan bahawa walau kita mempunyai pandangan berbeza antara satu sama lain tapi kita masih boleh bekerjasama...Ini adalah kawasan Tan Sri Isa bekas MB jadi tak salah pada saya kalau MB skrang bagi jalan pada beliau untuk terus berkhidmat pada rakyatnya...Saya yakin dengan kebijaksanaan MB membuat pilihan...

Salam takziah sekali lagi & Selamat Berjuang pada rakan-rakan sekalian!