Tuesday, April 28, 2009

saham dan orang kita!

semalam secara rasmi nya saham asm telah dibuka kepada orang ramai..saham bukan bumiputera habis dijual hanya dalam masa 3 jam sahaja...yang jumlahnya 49%


kagum betul cahaya tgk org cina,di tempat cahaya pukul 8 lagi sewaktu pekerja bank pun belum sampai orang dah beratur nak beli...dlm suratkhabar plak kata,di separuh2 tempat ada yang sudah beratur semenjak pukul 4 pagi lagi...

isk,isk...bukanyye cahaya nie bersikap racist cuma kagum sgt jer ngan org cina yang betul2 pandai melaburkan duitnyer...tp yang sedih org melayu tak kelihatan pun,saham tuk bumi 51% tue tak tahulah berapa percent jer yang berusik..tp org kita byk dilihat di bukit bintang tgk bdk2 shuffle dan beratur nak dpt kan makanan free di times square..kesian!entah mereka ni tahu atau tidak pasal kewujudan saham yang ditawarkan pnb nie...

cahaya mmg dah ada account asb n asw nie,tp cahaya pasti ramai org kita yang belum ader...rebutlah peluang ini...anak kita seawal 6 bln sudah boleh layak untuk membuat account jadi kenapa kita nak bazirkan peluang ini??

cahaya ni bukannya org senang tp kalo cahaya nie berduit insya-Allah cahaya akan bantu pinjamkan duit tuk kwn2 dan saudara mara yang ingin melabur dalam asm...harap2 adalah org kita yang senang akan membantu org kita yang susah... amin!

Friday, April 24, 2009

Senarai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri 2009

Senarai penuh pengerusi perhubungan UMNO negeri

24/04/2009 7:48pm

KUALA LUMPUR 24 April – Berikut senarai penuh Pengerusi-pengerusi Perhubungan UMNO negeri-negeri sepertimana diumumkan oleh Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi.

Selangor - Datuk Seri Najib Razak

Wilayah Persekutuan - Tan Sri Muhyiddin Yassin

Perak - Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir

Pulau Pinang - Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi

Kedah - Datuk Seri Shafie Apdal

Perlis - Datuk Md. Isa Sabu

Kelantan - Datuk Mustapa Mohamed

Pahang - Datuk Seri Adnan Yaacob

Terengganu - Datuk Seri Hishammuddin Hussein

Negeri Sembilan - Datuk Mohamad Hasan

Melaka - Datuk Seri Mohd. Ali Rustam

Johor - Datuk Abdul Ghani Othman

Sabah - Datuk Seri Musa Aman

- Utusan

terima kasih utusan!


wah...lega betul cahaya bila tok mat diumum menjadi pengerusi perhubungan semula.desas desus yang mengatakan MB N9 tidak akan dilantik semula betul2 buat cahaya dan rakan2 tak senang duduk..bukan aper,kerana pd cahaya susah nak cari pemimpin yang benar2 berbakat dan elok secara semulajadinya..harap2 s/u perhubungan dpt lah ditukar yer...sebab kredibiliti mb diragui hanyalah kerana seorang ini..salam perjuangan..

Wednesday, April 22, 2009

bersamamu tv3

hari ini cahaya terpanggil lah untuk menegur sedikit tentang stesen tv ternama,tv 3. Cahaya ni memang respect sgt dengan tv3 yang sentiasa menyediakan hiburan dan maklumat terkini serta sensasi cuma hari ni disebabkan satu laporan yang pada cahaya tidak tepat, cahaya rasa ada pihak yang perlu menegur agar kesilapan ini tidak terus berlaku.

Dalam rancangan bersamamu baru2 ini,ada dipaparkan kehidupan keluarga di daerah berhampiran daerah cahaya duduk nie..cahaya setuju lah yang keluarga tersebut memang susah,cuma apa yang cahaya tak setuju adalah cara tv3 ke sana seperti keluarga tersebut tidak ada pembelaan lansung sebelum ini.Mungkin pihak bersamamu tidak mendapat laporan yg tepat ataupun tidak mempunyai informer yg betul..

Tapi secara logik kalo pihak tv3 sendiri boleh lihat di sekitar daerah tersebut,boleh dikatakan tiada lansung penempatan yang begitu daif,malah kalo dibukakan mata lebih besar,mungkin dapat dilihat bahawa daerah tersebut antara daerah yang plg byk mempunyai rumah pprt atau mesra rakyat.Apa yang cahaya cuba nyatakan di sini adalah wakil rakyat kawasan tersebut menjalankan tugas,rakyatnya juga terbela..Pejabat wakil rakyat pun senang hendak didatangani penduduk sekitar..

Kembali pada cerita bersamamu td,cahaya bkn tak kenal org yg dipaparkan dlm episod tu, cuma pd cahaya buat apalah membantu org yg tak nak membantu diri sendiri...baru2 ini salah seorang anggota keluarga tersebut ada datang ke kedai teman cahaya,niatnya nak menunjukkan hp baru yang dibeli...siap cerita lg harga rm 1000 lebih...sebab teman cahaya ni memang tahu die berasal dr keluarga susah,teman cahaya pun tanya lah "mana dapat duit?"dengan tenang dia menjawab dari jabatan kebajikan masyarakat..sebenarnya byk lg cerita keluarga tersebut yang org sana tahu cuma tak nak mengaibkan org je...bagi pihak tv3,cahaya pun tak tahu salah saper tp pada pendapat cahaya kalo ke kawasan org,elok lah bagi salam dulu...dpt kan cerita dr penduduk akar..baru lah org pun puas hati,org yang menderma pun tak rasa "reluctant" sebab dpt membantu org yg benar2 memerlukan...

Monday, April 20, 2009

Penanti BN tanding?

PRK lagi?? letih lah...bukanlah cahaya ni selalu ke sana sini pergi memeriahkan keadaan bila berlaku Pilihanraya Kecil,tetapi sebagai rakyat biasa cahaya rasa letih melihat keadaan orang kita nie biler nak buat prk...surat khabar sibok dok citer hal tu jer,padahal byk lagi perkara yang perlu diberi fokus,ibu2 yang gigih berpolitik terpaksa meninggalkan anak2 kat rumah berhari hari, anak muda yg patut blaja kat uni sibuk tlg kempen (walhal minggu exam sedang berlansung atau akan berlansung), mana anak2 yang masih belum bersekolah atau bersekolah rendah pula ada parents yang menggunakan anak tersebut sebagai bahan kempen.Parti apakah itu?malas nak sebut,semua pun dah tau sape..

Hari ini Pemuda Parti Gerakan Kedah (kalo tak silap) ada mencadangkan nak dikenakan penalti bagi sape2 yang letakkan jawatan suke ati ayah die..Cahaya memang setuju sgt dengan pendapat tersebut.Kalo boleh denda lebih byk dari 50k tue,sbb kalo ada amik rasuah sure duit wakil rakyat tersebut tu lagi byk dr 50k..Duit juta2 abis dek si bodoh ni yang telah dipilih rakyat tu dan senang2 meletakkan jawatan atas sebab nak belajar cthnyer...Lain kali sebelum decide jadi Adun pikir lah ape nak buat in 5 years tue dulu,ini tgh elok2 jadi wakil rakyat tetiber pikir ohh nak letak jawatan lah sebab baru sekarang rasa boleh sambung belajar sebab dah boring layan masalah rakyat ker???

Kalo nak dedah masalah dedah jer lah...Tunggu buat saspen jer...biler lama tunggu citer, org jadi boring plak...Pada firasat cahaya,org tertentu nie tunggu untuk mendedahkan citer bukan nyer aper,dier tunggu saper bida harga citer yang lebih mahal...bijak2...tamak2..

Pada parti BN bagi cahaya jgn lah cepat mengalah tak best pun kalo tak fight...Kalah menang memang adat bertanding,tp BN tak letak calon bukan adat...Cuma cara permainan jer kita patut tukar,tak payah lah berduyun-duyun pergi ke sana,org pun muak tgk org luar ramai sgt,nak gie kejer atau sekolah jalan jam,sumer jadi lambat org jadi fed up...Cara yang lebih baik adalah orang penerangan kena buat penerangan, penerbitan buku etc..Orang pangka atau tuan rumah lah yang sepatutnyer bekerja keras,kat sinilah kita nak tgk sebenarnya ketua bahagian dan ketua sayap bahagian yang lain boleh kerja atau tidak,kalo tak boleh next election akar umbi gerenti dah tak sokong.

Sebab selalunye dari cerite kawan2 cahaya yang pergi membantu prk ni, tuan rumah jarang sgt kelihatan cuma orang luar yang lebih byk kelihatan...jadi tidak hairanlah kalo ada tuan rumah yang dilabel sombong..

Lagi satu perkara cahaya nak tegur adalah tentang penggunaan plastik yang berleluasa, dan kebersihan yang tidak terjaga...kita sedia maklum tentang pemanasan global,tp kita ni tidak sedar yg prk nie lah penyumbang terbesar masalah ini...Antaranya adalah:
  1. Mineral water
  2. plastik printed calon
  3. risalah,phamplet etc.
benda2 nie semua lah yang byk menggunakan tenaga petrol especially...jadi saper yang nak settle kan problem nie?tepuk dada tanya selera...harap2 adalah yang sudi support cahaya nyer tots nie..kepada pemimpin yang dihormati,buatlah percaturan bijak..pengundi kita ramai pengundi muda nak tackle org muda nie kena lah jaga envinronment..sebab tue sumer tuk cu cit kita gak..salam