Wednesday, April 22, 2009

bersamamu tv3

hari ini cahaya terpanggil lah untuk menegur sedikit tentang stesen tv ternama,tv 3. Cahaya ni memang respect sgt dengan tv3 yang sentiasa menyediakan hiburan dan maklumat terkini serta sensasi cuma hari ni disebabkan satu laporan yang pada cahaya tidak tepat, cahaya rasa ada pihak yang perlu menegur agar kesilapan ini tidak terus berlaku.

Dalam rancangan bersamamu baru2 ini,ada dipaparkan kehidupan keluarga di daerah berhampiran daerah cahaya duduk nie..cahaya setuju lah yang keluarga tersebut memang susah,cuma apa yang cahaya tak setuju adalah cara tv3 ke sana seperti keluarga tersebut tidak ada pembelaan lansung sebelum ini.Mungkin pihak bersamamu tidak mendapat laporan yg tepat ataupun tidak mempunyai informer yg betul..

Tapi secara logik kalo pihak tv3 sendiri boleh lihat di sekitar daerah tersebut,boleh dikatakan tiada lansung penempatan yang begitu daif,malah kalo dibukakan mata lebih besar,mungkin dapat dilihat bahawa daerah tersebut antara daerah yang plg byk mempunyai rumah pprt atau mesra rakyat.Apa yang cahaya cuba nyatakan di sini adalah wakil rakyat kawasan tersebut menjalankan tugas,rakyatnya juga terbela..Pejabat wakil rakyat pun senang hendak didatangani penduduk sekitar..

Kembali pada cerita bersamamu td,cahaya bkn tak kenal org yg dipaparkan dlm episod tu, cuma pd cahaya buat apalah membantu org yg tak nak membantu diri sendiri...baru2 ini salah seorang anggota keluarga tersebut ada datang ke kedai teman cahaya,niatnya nak menunjukkan hp baru yang dibeli...siap cerita lg harga rm 1000 lebih...sebab teman cahaya ni memang tahu die berasal dr keluarga susah,teman cahaya pun tanya lah "mana dapat duit?"dengan tenang dia menjawab dari jabatan kebajikan masyarakat..sebenarnya byk lg cerita keluarga tersebut yang org sana tahu cuma tak nak mengaibkan org je...bagi pihak tv3,cahaya pun tak tahu salah saper tp pada pendapat cahaya kalo ke kawasan org,elok lah bagi salam dulu...dpt kan cerita dr penduduk akar..baru lah org pun puas hati,org yang menderma pun tak rasa "reluctant" sebab dpt membantu org yg benar2 memerlukan...

No comments:

Post a Comment